Wednesday 25 January 2017

32 ke 25

Hallo!!!
I'm happy today!
Sebab?
BMI dah touch 25!
Mau tau la dari 32 kot..range obesiti hokeys sebelum ni 
Lama jugak amik masa nak capai bmi ni..
Tips dia..kurang carb dan senaman 
Boleh la kalau nak selit diet atkins
Serius kalau tak senaman memang susah nak turun berat..
Bak kata pepatah mana nak dapat sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya..
Walaupon sampai sekarang aku tak penah pecahkan ruyung sendiri 
Sebab beli sagu kat kedai ja.
Tapi target bmi belum capai lagi..
Sebab aku target bmi 24-23..hehehe
Motif sangat nak kuruskan?
Haha takda la..aku nak kurus sebab aku kena sihat..teringat arwah mak sakit dulu ..lama..bertahun kot dari aku baru habis sekolah menengah...at least aku dapat jugak merasa zaman arwah mak sihat..so kena la fit kan...disamping dapat tambah keyakinan diri...kesian Raisha nanti kalau aku sakit acaner huhu!
So korang yang rasa dah lebih berat badan..jom la kita kurus sesama!
 

Tuesday 4 October 2016

Hidup Baru & Diri Yang Baru!

Hai blog..haha! Kesian. Lama gila aku tinggalkan blog ni. Bukan bersawang lagi..ni dah berkulat agaknya huhu!
Well..since sekarang dah single heheh!(dah kenapa?)
Takda..takda kena mengena dengan single..hee..sekarang aku rasa nak aktif berblog lah!
So..nak cakap pasal apa eik?
Erm..
Maybe pasal my first trip sebagai 'janda'? (ohoho tak kelakar)
Or keserabutan yang sedang melanda dalam kehidupan aku sekarang nih?
Takpa..kita decide nanti dalam next post..heee ^^

Thursday 19 December 2013

Percutian ke Cameron Highlands~

Harini bangun awal. Semangat pulak nak update blog. ^^
Baik..seperti dijanjikan meh sini nak cerita~

Sebenarnya..bermula dari saat percutian aku ke Cameron Highlands telah mencetuskan minat aku nak pergi bercuti ke tempat2 lain~ Jadi untuk post pertama aku berkenaan percutian ni..aku nak cerita tentang Cameron Highlands!^^

Aku suka Cameron Higlands! Sebab...bila di Cameron Highlands terasa seperti duduk obersea ^^..(erm iyakan ja..)

Breakfast Scone di KHM di Kg. Taman Sedia ada feeling macam omputih tak?kan?kan?

Dekat sana..sejuk...ada strawberry..sayur, ubi..jagung segar plus SEDAP! Madu pun ada!Datang sini pun boleh try makan Scone..ala muffin..tapi bukan muffin..mcam roti tapi tak macam roti..erm bole kata kek..tapi..bukan kek..apa nak kisah..janji sedap!

Kalau bercuti di sini..antara tempat yang harus dilawati ialah :
Avant Chocolate
Cameron Lavender (Taman bunga)
Cameron Bharat Tea Plantation
Boh Tea Plantation
Rose Valley (Taman Bunga Rose)
Key Farm (Pasar jual hasil tanaman, bunga dan cenderamata)
Cactus Valley
Pasar Malam Brinchang (setiap malam Jumaat dan Sabtu, setiap hari musim cuti sekolah)
Strawberry Farm di Brinchang belakang rumah kedai area pasar malam
Kampung Taman Sedia (dekat sini ramai pengusaha tanaman sayur & strawberry, chalet Bumiputra)
Mardi (Tanah Rata)

 Pemandangan ladang teh di Boh Plantation


 Taman bunga Ros di Mardi

 Pokok kaktus di Cactus Valley

 Avant Chocolate 

 Jualan bunga di Key Farm

 Sayur sayuran di Kea Farm

 Minum petang di Boh

Bunga ros di Rose Valley 

 Pintu masuk Rose Valley

Tak payah cari tak kan jupa HRC kat sini huhu 

 Cameron lavender..cantik sangat!!!

Dari tepi jalan pun boleh nampak..Cameron Lavender...


Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang boleh dilawati..cuma yang aku senaraikan ni..tempat2 yang aku pernah pergi.

Selalunya aku ke sana melalui jalan Simpang Pulai sebab aku dari arah utara habaq hg! Tapi...nak pergi ke Cameron ni kena pilih waktu yang sesuai..kalau cuti sekolah..hurmm bersiap sedialah dengan perjalanan yang macam erm..kura-kura pun laju lagi uhuhu boleh la diibaratkan seperti siput bab* sori tak berniat nak mencarut..boleh bayangkanlah betapa ramainya orang dan banyak kereta yang beratur di atas jalannya~

Aku..memang dah serik pergi waktu cuti sekolah..so aku prefer pergi hari Jumaat atau Khamis..sebab boleh pergi Pasar Malam Brinchang yang best itew~ Masa pergi bulan Januari pun best..sebab orang cakap waktu tu sesuai ke sana kerana lebih sejuk..entah betul atau tidak..tapi pengalaman aku...memang SEJUK!heee

Untuk penginapan pulak jangan risau..hotel punya la banyak kat atas tu..dari hotel bajet sampaila 5 bintang..apartmen pun banyak. Aku..mudah saja..selalu tempah hotel pakai Agoda dengan Booking.com sahaja..senang!^^ 

Tentang pengangkutan..aku nasihatkan nak mudah memang datang dengan transport sendiri..tapi ramai jugak orang putih datang sini berjalan kaki saja..feeling2 summer gitu ^^

Baiklah..aku rasa sampai sini sahaja coretan aku buat kali ini..next nak cerita pasal percutian aku ke obersea plop!^^

p/s: Tips kalau datang sini nak ke Pasar Malam Brinchang lebih baik duduk di hotel area tu saja..senang nak cari parking. Kedua, kalau membeli jangan segan minta tawar ^^

Thursday 12 December 2013

Salam Perkenalan~

Assalammualaikum,

Hai salam perkenalan~

Aku..Bunga Yang Jauh...

Tujuan aku nak wujudkan blog ini, adalah untuk berkongsi cerita dengan sesiapa di luar sana...

Bukan kerana aku sunyi..tapi aku yakin dengan berblogging aku mampu menyuarakan segala isi hati ini..
*tetiba jiwang pulak*

Fokus utama blog ini adalah untuk bercerita pengalaman aku pergi JENJALAN dan juga...lain2!^^

Bukan nak menunjuk2 aku suka berjalan. Tapi nak kongsi pengalaman dan maklumat. So sesiapa yang suka travel di luar sana nanti bole la rujuk. Khennn~^^

Dan secara tidak lansung......aku jugak bole simpan semua kenangan pergi bercuti di sini!^^

Soooo...tunggu my second entry nanti yer! (macam diva pulops!) heee!