Baik..seperti dijanjikan meh sini nak cerita~
Sebenarnya..bermula dari saat percutian aku ke Cameron Highlands telah mencetuskan minat aku nak pergi bercuti ke tempat2 lain~ Jadi untuk post pertama aku berkenaan percutian ni..aku nak cerita tentang Cameron Highlands!^^
Aku suka Cameron Higlands! Sebab...bila di Cameron Highlands terasa seperti duduk obersea ^^..(erm iyakan ja..)
Breakfast Scone di KHM di Kg. Taman Sedia ada feeling macam omputih tak?kan?kan?
Dekat sana..sejuk...ada strawberry..sayur, ubi..jagung segar plus SEDAP! Madu pun ada!Datang sini pun boleh try makan Scone..ala muffin..tapi bukan muffin..mcam roti tapi tak macam roti..erm bole kata kek..tapi..bukan kek..apa nak kisah..janji sedap!
Kalau bercuti di sini..antara tempat yang harus dilawati ialah :
Avant Chocolate
Cameron Lavender (Taman bunga)
Cameron Bharat Tea Plantation
Boh Tea Plantation
Rose Valley (Taman Bunga Rose)
Key Farm (Pasar jual hasil tanaman, bunga dan cenderamata)
Cactus Valley
Pasar Malam Brinchang (setiap malam Jumaat dan Sabtu, setiap hari musim cuti sekolah)
Strawberry Farm di Brinchang belakang rumah kedai area pasar malam
Kampung Taman Sedia (dekat sini ramai pengusaha tanaman sayur & strawberry, chalet Bumiputra)
Mardi (Tanah Rata)
Pemandangan ladang teh di Boh Plantation
Taman bunga Ros di Mardi
Pokok kaktus di Cactus Valley
Avant Chocolate
Jualan bunga di Key Farm
Sayur sayuran di Kea Farm
Minum petang di Boh
Bunga ros di Rose Valley
Pintu masuk Rose Valley
Tak payah cari tak kan jupa HRC kat sini huhu
Cameron lavender..cantik sangat!!!
Dari tepi jalan pun boleh nampak..Cameron Lavender...
Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang boleh dilawati..cuma yang aku senaraikan ni..tempat2 yang aku pernah pergi.
Selalunya aku ke sana melalui jalan Simpang Pulai sebab aku dari arah utara habaq hg! Tapi...nak pergi ke Cameron ni kena pilih waktu yang sesuai..kalau cuti sekolah..hurmm bersiap sedialah dengan perjalanan yang macam erm..kura-kura pun laju lagi uhuhu boleh la diibaratkan seperti siput bab* sori tak berniat nak mencarut..boleh bayangkanlah betapa ramainya orang dan banyak kereta yang beratur di atas jalannya~
Aku..memang dah serik pergi waktu cuti sekolah..so aku prefer pergi hari Jumaat atau Khamis..sebab boleh pergi Pasar Malam Brinchang yang best itew~ Masa pergi bulan Januari pun best..sebab orang cakap waktu tu sesuai ke sana kerana lebih sejuk..entah betul atau tidak..tapi pengalaman aku...memang SEJUK!heee
Untuk penginapan pulak jangan risau..hotel punya la banyak kat atas tu..dari hotel bajet sampaila 5 bintang..apartmen pun banyak. Aku..mudah saja..selalu tempah hotel pakai Agoda dengan Booking.com sahaja..senang!^^
Tentang pengangkutan..aku nasihatkan nak mudah memang datang dengan transport sendiri..tapi ramai jugak orang putih datang sini berjalan kaki saja..feeling2 summer gitu ^^
Baiklah..aku rasa sampai sini sahaja coretan aku buat kali ini..next nak cerita pasal percutian aku ke obersea plop!^^
p/s: Tips kalau datang sini nak ke Pasar Malam Brinchang lebih baik duduk di hotel area tu saja..senang nak cari parking. Kedua, kalau membeli jangan segan minta tawar ^^











